Tuesday, July 26, 2011

[ Wish List yang Impossible ]

With Allah's love
Assalamu'alykum my dear


Semua mesti ada wish list kan? Kan?

Well, ni antara wishes yang bagi sy impossible, so jadi bintang kehidupan je lah. huhu. Yang ni at least boleh la buat rasa cam best sikit walaupun hanya sekadar angan-angan. huhu.

1. Nak dengar kisah sejarah Cleopatra yang mitos ngan fakta sekali dari mula sampai habis. Tak pernah rasa puas hati walaupun dah banyak baca sal Cleopatra ni.

2. Sama jugak tapi untuk kisah sejarah semua firaun yang ada. Memang nak tau sangat sebab sampai sekarang pun masih banyak misteri yang tak terungkai.

3. Nak tengok shooting star. Rasa macam pernah tengok kat highway tapi tak keluar pun kat berita. So sampai sekarang wishing nak jugak tengok shooting star.

4. Nak pegi tengok secara live cosplay. huhu.

5. Amek gambar guna polaroid kat cosplay. Mesti best giler!!

6. Nak masuk racing kereta. Bukan macam F1 tu. Tak tau nak cakap cemana. Lebih kurang macam Cars tu la. huhu. Masa lepas SPM, ada ternampak iklan diorang cari ladies racer, pertandingan tu buat kat Sepang. Tapi sayang, sedar diri belum ada lesen kereta. Masih dalam proses. huhu.

7. Nak lawat perpustakaan yang ada lam satu dunia ni. Termasuk tapak perpustakaan zaman dulu yang pernah dirobohkan. Teringin nak tengok, pegang and baca buku-buku yang ada kat library lain. Tak paham pun, at least rasa puas hati dah penah jumpa and pegang buku-buku tu. huhu.

8. Nak jumpa Maru secara live. hehe.

9. Nak bina rumah yag ada private library yang almari buku dia dari lantai sampaibumbung, yang bumbung dia sangat tinggi, yang kena guna tangga ada roda tu, yang boleh muat berjuta-juta buku yang dibeli dan dah Kdibaca. waaahhh...!!! *Kena jaga dari anai-anai ni. Kang menangis tak berlagu.*

10. Nak tengok scenery sepanjang highway Utara-Selatan dari udara. Ni memang dari kecik teringin sebab dari kecik ulang alik jalan tu, ikut abi pi merata sampai semua adik-beradik jeles sebab diorang selalu tak dapat ikut. Tu la, sape suro pegi daftar tuisyen. hihi.

Jadi . . . itulah flash back sy. hehe. Dah lama karang lam otak ni, bertahun-tahun. Haa.. Sekarang satu dunia dah tau. Moga-moga ada yang nak sponsor. haha. Bajet anak raja plak. Nya nya nya nya ~



Dear Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~
Post a Comment