With Allah's love
Assalamualykum my dear
Pagi tadi, dah bagi darah. Doc cakap tunggu nanti result kuar. Kalau something's wrong, diorang call terus. Kalau tak, datang appointment cam biasa. Hmm.
Adeh. Jarum dia biasa ja tapi pedih tu...aarrghh... Kalau cam hari tu, kejap je. Dari klinik sampai umah, dah hilang pedih tu. Tapi kali ni tak pulak. Dah dekat dua jam dok pedih lagi. Adoi la. Maybe sebab kali ni jarum tu dok lama kot. Boleh nampak kulit ni cam terkoyak sikit. Adeh. Doc amek blood banyak sikit dari hari tu. Banyak gile test nak buat, tengok kat kertas tu. Dah la tak paham tulisan tu tulis apa. Kalau paham, buleh gak la nak search kat google peke benda yang doc tulis tu. huhu.
Rasa nye lah, doktor-doktor ni memang saja tak mau bagi pesakit paham tulisan kot, takut nanti kami pi search google. Dah jumpa, otak terus pikir macam-macam. Buat pulak kalo tersilap jumpa info, lagi parah. Jenoh pulak doktor-doktor ni nak handle bila pesakit tanya banyak la, cakap benda ntah apa-apa la. hahaha. Boleh bayang chaos kat meja doc tu nanti. hahahaha. - Sempat lagi nak merapu, haih - : P
Tak pe lah. Let's just hope result nanti tak ada apa-apa yang teruk. Of course, the pain merebak sekarang ni tapi hoping nanti baik la before bukak sem. Kalau tak, silap la gi mintak Kajai. Memang kena kuar sejam awal la kalau ada kelas. adeh.
Sekarang ni, duduk lam bilik je la. Kalau tak buat report, online kejap. Tak pun tengok Salahuddin the Animated tu. Tapi puas nak nengok, tak paham pun. Arab la kan, cakap laju pulak. Paham-paham je la kan. haha. Boleh la paham sikit sebab konsep kartun kan, banyak guna body language, dialog ni sampingan je. huhu. Kalo tak paham situasi, sila try sendiri. Cari je kat youtube tu, dapat punya. huhu.
Hmm. Moga-moga sempat la sembuh before mula sem baru. Kalau tak... hmm... Divorce je la senang citer. Mintak maaf la kalau susah bagi pihak diorang tapi rasanya tak kot. Rasanya timbalan tu boleh catch up kot. Nampak dia pun committed je. Insya-Allah. Ye lah, kalau nak jalankan tanggungjawab yang satu ni, memang kena sihat betul-betul. Kalau macam pengalaman yang lepas, condition macam ni, mau keja tak siap-siap. Ntah-ntah surat ke mana, mesyuarat ke mana, minit ke mana. Assignments lagi, latihan ilmiah lagi. Nak naik turun tangga jumpa prof lagi. Nak pi patah balik Pusat Sukan lagi. Ye la, Kajai ngan Pusat Sukan dekat bebenor tapi tara nak turun tangga tu, ngan keadaan macam ni, sempat la depa kat Pusan Sukan tu sampai umah dulu baru kita sampai stadium tu. haha. Tambah lak bebudak ni suka buat keja last menet kan, nak cover semua cam yang lepas, pehh... Maut jugak haku tengah jalan tu. hahaha.
Ha, tambah pulak tetiba da jadi assistant post Cik Wani, peh. Mampos la. Post Cik Wani ni satu hal pulak, dari generasi dulu sampai before Cik Wani, memang paling hot, banyak gile aktiviti. Adoi la. Cik Wani, naseb badan, nape la dapat post tu. Alih-alih nanti ngan kamu jugak terpaksa saya mintak divorce. Harap awak tabah je la nanti kalau betul ye, Cik Wani.
Tapi sedey jugak. Lepas satu, satu terpaksa redha lepaskan. Da nak sampai masa kot. Dulu masa kat Masjid Batu, ustaz tu pernah cerita. Antara tanda-tanda nak sampai masa tu, one by one ditarik balik dari pegangan kita. Antara kita sedar or tak je. Kalau betul la, hmm.. No komen.
Kalau illness ni tak kurang jugak, and terpaksa divorce, memang dah tak tau nak ganti apa. Lepak PTSL je la kot. Adoih. Tak sihat hidup cenggitu macik. Hmm. Tak nak la cenggitu. Harap-harap dapat la selesaikan tanggungjawab ni dari mula sampai habis semua. Amiin ~
P/s: Jangan pernah katakan, "Nanti lah baru buat."
Ayuh bersegeralah, agar tidak sesali suatu masa nanti
Bila sihat tidak bisa dimiliki ~
Ya Allah, ampunkan dosa ku, dosa kedua ibu bapa ku, dosa ahli keluargaku, dosa teman-temanku. Ya Allah, sembuhkan la sakitku ini, ku sesali mengkufuri nikmat sihat yang Kau beri dulu. Ya Allah, ampuni aku.
Pedih woo
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~
No comments:
Post a Comment