Tuesday, July 26, 2011

[ Hari yang Saaaangaaaat Panjang ]

With Allah's love
Assalamu'alykum my dear


Hari ni pepagi buta keluar rumah gi klinik kesihatan. Umi nak jugak bawak pegi walaupun dah cakap banyak kali blood test tu resultnya lambat lagi. Ye lah, sebab kaki ni dah makin teruk. Dah bengkak gila dua-dua belah. Semalam masa keluar dari rumah pak su, ternampak high heel yang tinggal kat situ. Peh. Terus bergenang air mata, bleah masuk keta cepat-cepat. Selamat tinggal sayang. Tak mungkin lagi lepas ni dapat merasai pakai high heel rasanya. Sedih kot.

Tak pe lah. Dah tak de jodoh. Kaki pun dah tak sihat, nak bejalan pun dah macam baby baru pandai bertatih. Redha, insya-Allah kejap je ni. Belum dapat kata putus lagi ni dari doc.

Haa.. Yang pasal hari ni. Tadi da jumpa doc yang sama masa first pi klinik tu. Dia macam agak bengang sebab dah bagi tau result blood test tu lambat lagi tapi kami mai jugak. Tapi bila dah tunjuk kaki ni, terus dia macam gelabah. Doc cina, laki. Ha la, dulu datang elok lagi kaki. Dia mintak rujuk tengok kalo-kalo ada result yang dah siap. Ada tapi dari 6 tests dua ja dah siap. And dua-dua tu negative. Lagi nampak dia macam stress kejap sebab tak tau sakit apa gi.

Yang ingat dia tanya, kamu tak rasa macam demam ka? haha. Bagusnya soalan. Terkejut kejap. Jawab balik, tak. Ye lah, orang pun baru tau demam yang dua minggu lepas tu tak baik lagi sampai sekarang. Temp sama gak, 37.6. Peh. Mana la nak tau demam tak baik lagi sebab memang dari balik kelantan tu rasa sama ja, panas. Ingat kot rumah yang panas. Sebab masa dua bulan praktikal tu, mana tau temp kat rumah berapa waktu siang. Kat ofis je, lam air cond. Balik umah, biasa la, bahang tu rasa sebab cuaca. Adoi. Hmm. Tak tau lah nak kata. hahaha.

Pendek cerita, dia terus call General Hospital, buat kes rujukan, mintak kami pi jumpa pakar kat sana. Dari pagi tunggu, pukul 11 lebih baru keluar dari klinik kesihatan ni, pastu balik kejap, kul 12 lebih pi penang pulak. 1.30 tunggu nak amek number, 3 lebih baru dapat jumpa doc pakar tu. Muda, lahir tahun 79 dah jadi pakar. Dasat tu. Pastu, doc ni pun tak tau nak kata apa lagi sebab dia kena tunggu lagi banyak result yang tak siap lagi tu. Tapi dia bagi la ubat untuk cure kan bengkak kaki ni. Bengkak ni sekali ngan kebas semua. Dia kata maybe virus tu dah serang bahagian bawah lemak bawah kulit, tu yang dah tak rasa sakit tu.

Tapi, tadi kena lagi amek darah. Peh. Rasanya lepas ni dah boleh la kot pi derma darah pulak kat ukm tu. Dah lali ngan jarum. haha.

Masa gi amek ubat, ramai gila manusia. Kat situ, dah rasa macam dok kat China dah. Pesakit sekali ngan orang yang bagi ubat tu boleh kata 95% orang cina. Pergh. Penang oh penang. huhu.

Dapat ubat banyak, salah satu nya steroid. haha. Sah dah, jadi drug addict jap sebelum masuk sem. Adoi la. Kalau kira balik, rasanya steroid tu sampai betul-betul bukak sem ni baru habis. Banyak gak dia bagi. Dia kata teroid tu untuk rawat bengkak tu. Owh. Baru tau steroid memang guna untuk kulit. huhu.

Apa-apa pun, alhamdulillah, boleh nampak sikit harapan tu. Moga Allah beri kesembuhan sebelum mula sem ni. Abi pun dah tanya, nanti bukak sem busy lagi ka macam dulu, ngan program semua tu? Takut tak dapat tahan ja nanti ngan sakit ni, abi cakap. Hmm. Tak apa, insya-Allah, masih ada masa untuk atasi ni semua, insya-Allah.

Last, sampai umah dekat kul 7. Haa. Panjang benor hari ni. Padahal pusing lam penang je semua tu. huhu.

Loya tak hilang lagi bau hospital, ubat-ubat. Adeh.




Dear Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~
Post a Comment