Tuesday, August 30, 2011

[ Mosaic Kakera - Code Geass OST ]

With Allah's love
Assalamu'alykum my dear


Lately, menghabiskan kebanyakan masa watching Code Geass R1 & R2.


 Lama dah beli DVD ni, masa 1st year lagi, tak sempat nak tengok. Amat sangat suka plot cerita ni. Totally different. Tambah pulak salah satu OST dia sangat best, that is:

Mosaic Kakera by Sunset Swish kalo tak silap. Plus, terjumpa pulak someone main lagu ni guna violin. Sangat sedap. Sebijik cam OST. Memang patut dapat award la mamat omputih ni. huhu.

Pape pun, sila cari sendiri kat youtube. Mesti jumpa punya, sebab page views dia melebihi 200,000. Dasat kan? So, layan lirik. :)


P/s: Ada sikit perkaitan lirik ni sekarang. Hmm.


* * *

Romaji Lyrics

Mozaiku kakera hitotsu hitotsu tsunagiawasete egaite yuku
Anata ga kureta deai to wakare mo

Konna hazu ja nai sou omotte nemuri
Mezamereba itsumo no kawaranai karamawari
Imi mo naku kurikaeshi

Mozaiku kakera hiroi atsumeteta "Umaku ikiru tame no sube"
Ibitsu na sore ga utsukushiku mietan da
Tsuyogarinagara tsumazukinagara erabinuita michi no ue de
Hagare ochite wa umaranai kakera

Sorezore no iji wo shikitsumeta sekai
Dare ni mo yuzurenai mono ga aru hazu nano ni
Irodori wo ki ni shiteru

Mozaiku kakera samazama na iro ya katachi ni miserarenagara
Nozomi sugiteta "Wakage no itari" yo
Kokoro no sukima ai no semento wo shinjite wa nagashikonde
Keshite tokeau koto no nai kakera

Kontorasuto ga kirei dakara gyaku ni dekoboko de ii
Nantonaku junban wo matte naide jibun nari no kotae wo mitsukeyou

Mozaiku kakera azayaka ni utsusu kako no uso mo ayamachi mo
Keshite shimaitai to omoeba omou hodo
Furikaereba soko ni aru sutaato rain mada susunja inai
Mou ichido yume wo hiroi atsumete miyou
Mozaiku kakera hitotsu hitotsu tsunagiawasete egaite yuku
Anata ga kureta deai to wakare mo




English Translation

I’ll put together the mosaic pieces one by one
And make up the picture of the encounter and parting that you gave me

“That wasn’t supposed to happen”, I think as I go to sleep
When I wake up, it never changes, still fruitless as ever
The same meaningless repetition

I gathered up the mosaic pieces “As a way to live well”
That distorted thing looked beautiful
On the road I chose as I stumbled, pretending to be strong
The pieces that have come off won’t fill the gaps

In this world, covered in everyone’s respective nature
I thought I’d have something I couldn’t give anyone else
But the colours are bothering me

As the mosaic pieces showed me their respective colours and shapes
I kept on wishing to be let off for my youth
As soon as I believe in the cement of love in my heart, it flows away
Leaving pieces that will never melt

The contours can be reversed, the contrast is pretty
I won’t wait my turn, I’ll find my own answer

The mosaic pieces show vividly the lies and mistakes of the past
The more I want to get rid of them
When I look back I see the starting line there, I still haven’t moved
I’ll try to gather up my dreams again
I’ll put together the mosaic pieces one by one
And make up the picture of the encounter and parting that you gave me



* * *

By the way, selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri, mohon ribuan kemaafan sepanjang penulisan ni banyak terkasar bahasa.

Kad raya dari Cik Azyla. Trimas! Rajin betul dia buat. huhu.







Dear Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

Sunday, August 28, 2011

[ Is That It? ]

With Allah's love
Assalamu'alykum my dear


Is that it? Annoy? Is that what you've been thinking all this time?
Dear, can't you at least listen to what I said clearly?
I just wanna know why, and you've said it yourself you didn't remember that moment. So it's okay. What else I can say if you can't remember bout it at all.

Annoying?

Well, I thought I could just at least let myself to give it another try. Because I don't wanna lose another good friend in my life. All of them before, they gave up on me when I tried to untie all the knots and make myself clear of everything, like I did to you. And now, what? You're just like them? That's it?

Annoying? Is that the reason why you keep yourself silent all this time?

Okay, yeah. Ask for the thousands time, the answer is one, I forgive you for what you did.

Annoying? Is that why you always say you're sorry even though you didn't know what you did? Is that why you've become like this? Why didn't you just ask?

If you think you're annoying, you were. At that time. When I post it, you were. Because you didn't even ask why did I post it. You didn't even ask what you've done that makes me so hurt.

You were annoying, but who cares? You are a human, not some kind of angel. You don't have to become so goody in front of me, just be yourself. And if it hurts me, so what? We could just fix it, knowing what's wrong, what had happened. That's what a life called, right? Same goes to me. If I did something that hurt you, just tell me so I'll know what's wrong.

I don't get it. Annoying? So what if you're too annoying? You are who you are, that's how I know you for the first time too, right? *Sigh*



Dear Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

Saturday, August 20, 2011

[ Suri Rumah Sebentar ]

With Allah's love
Assalamu'alykum my dear


Hari ni, sangat penat dan lenguh kaki. huhu.

Dari pagi sampai petang buat kuih raya. huhu. Kuih apa? Kuih cornflakes oren. Sebenarnya sangat teringin yang tahun lepas beli dari Wani. Dia tolong jual kuih kawan dia. Tapi sebab tahun ni jauh kan, Kelantan - Penang. Terpaksa la buat sendiri. Kira okay la. Rasa, sedap. Crispy, pun okay. Bentuk, orite ja. So, puas hati untuk first timer. hehe. Tak sabar nak bawak gi kampus, share ngan kengkawan. huhu. Tapi bagi kat sapa yang mai bilik ja la. Limited edition, sikit ja ada. hikhik.

Well, masa Form 4  belajar buat honey cornflakes. Masa tu buat banyak, boleh la nak bagi half kawan-kawan kelas rasa. Sampai tak cukup, sanggup kawan-kawan girls hasut bagi kat diorang part kawan-kawan lelaki. haha. Masa cuti SPM, belajar buat bengkang/bingka ubi. Buat kat rumah Ayu, so ambek sikit ja bawak balik. Emm... faveret kuih, mestila kena tau cemana nak buat. Tapi masalahnya dah lupa dah. Ingat sikit-sikit ja. haha. Karut ja.

Pastu tadi, lepas baking rehat jap online. Pas solat asar turun masak pulak. Umi lewat bagi tau nak masak apa, kalut jugak la sorang-sorang kat dapur tadi. My sis sorang tu kalut dengan kuih semperit dia. Jadi hapa pun tak tau la tadi. Kenangan lawak tol. hahaha. Tak leh cerita, nanti bukak aib dia pulak. huhu.

Nasib la hari ni. Masak simple ja. Goreng ikan yang beli semalam kat Kuala Kedah, pastu buat sambal terung. Walaupun tak jadi cam selalu, tapi boleh la nak makan. huhu. Alhamdulillah. :)

Penat gak keja camni. And kali ni, injury kurang tapi ada jugak nak kena. haha. Sakit woo tertusuk tulang ikan kat celah kuku ngan isi tadi. Terasa sampai sekarang. Pastu termelecur jari masa celup cookies lam cukulet tadi. Tak pa, yang pasti cukulet mesti kena ada jugak. hehe.

Malam ni duduk rumah ja, tak dapat pi masjid sebab tunggu umi ngan abi balik dari Teluk Intan. Tu yang tetiba hari ni jadi suri rumah. Selalu jadi pembantu tepi-tepi, sipi-sipi ja. huahua.

Okay lah, nak cerita tu ja. Actually ada nak write something tadi, tapi terus tak jadi atas sebab-sebab sensitif. So, hmm. tunggulah nanti-nanti kalau still no progress. Ciao ~


Dear Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

Wednesday, August 17, 2011

[ Tersentap Melihat ]

With Allah's love
Assalamu'alykum my dear


Nak tau tak? Meh nak sambung bebel tengah-tengah hari ni lepas dua tiga hari tak dapat update entri. haha.

Tapi sebelum tu, sila baca ni dulu sebab entri ni ada kaitan jugak.

Okay. Ni lagi satu kisah tentang ayah dan anak lelaki.

Balik tarawih dua hari lepas, masa on the way tuju ke kereta, terstop tengah jalan sebab ada pak cik nak keluar ngan moto dia. Pusing tengok, ternampak anak lelaki dia, duduk kat depan ayah dia ngan kaki kat lam bakul. Mungkin lam area 3 or 4 tahun la I guess. Kecik dan cumil je tengok dia pakai songkok. huhu.

Tapi, yang jadi tersentap bila tengok tu is adik tu, buta matanya. Terus terkesan di hati.

1. Beratnya ujian untuk adik tu, and mak and ayah dia, kan? Pak cik tu bukan tua mana pun, rasanya adik tu mungkin anak first or second dia la. Moga Allah sentiasa membantu keluarga tu, moga diorang kekal hingga ke syurga, amin ~

2. Walaupun adik tu tak nampak, dia tetap nak ikut ayah dia gi masjid. Dia tak guna alasan kekurangan diri dia untuk tak gi masjid. Kita yang celik ni? Hmm..

3. Walaupun pak cik tu anak dia tak boleh melihat, dia tak jadikan alasan tu untuk tinggal anak dia kat rumah dengan isteri dia masa dia gi masjid. *Pak cik tu naik moto ngan adik tu je, mak cik tak de. So, assume mak cik kat rumah la. huhu* Dia bawak anak dia sekali. Dia tau, tanggungjawab dia utuk didik anak dari mula, jangan cari alasan untuk tak turut sama cari pahala macam orang biasa, yang celik mata. Jangan jadikan kekurangan diri untuk jadi alasan berputus asa dengan nikmat yang Allah beri: berpeluang merebut pahala di bulan Ramadhan macam manusia normal yang lain.

Terus terbayang macam mana agaknya adik tu masa dalam masjid tadi ye? Pak cik tu pulak? Mak dia kat rumah? Mesti ketiga-tiga orang ni ada sekelumit kerisauan lam hati masing-masing kan? Tapi tu lah, bagusnya pak cik ni. Dia buat apa yang perlu untuk anak dia, tetap pentingkan soal didikan, asuhan yang diperlukan anak dia demi masa depan anak dia. Banyak impak yang dapat dari tindakan pak cik tu terhadap peribadi anak dia nanti.

Kalau nak diikutkan, mesti lam hati pak cik tu rasa susah kan? Ye lah, dia gi masjid nak solat tarawih, tapi kena jaga pulak anak dia ni. Kalau nak senang, mesti dia buat je macam lam kisah yang lagi satu tu kan? *entri yang link kat atas tu* Mesti dia serah kat mak cik je, biar mak cik jaga anak diorang kat rumah, selamat. Tapi tak. Pak cik tu tetap bawak anak dia ikut pegi masjid. Terharu okeh.

Itulah dinamakan pengajaran dari kehidupan. Kalau kita luaskan pandangan, banyak lagi yang dapat kita tengok and ambil iktibar pengajaran kan? Sirius, sangat terkesan di hati.

Ya Allah, jadikan lah keluarga tadi antara keluarga yang bahagia di dunia hingga ke syurga-Mu ya Allah. Amiin ~




 Dear Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

Friday, August 12, 2011

[ Doa 11 Ramadhan ]

With Allah's love
Assalamu'alykum my dear


Terlewat pulak update. Sepanjang hari internet buat hal. Fb cara fb, blog cara blog. Tak pa, boleh guna untuk Ramadhan tahun depan, insya-Allah kalau dapat.



“Ya Allah, bersihkan diriku daripada kehinaan. Berikanlah kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepadaku untuk bertaqwa kepada-Mu ya Allah…Ameen…”

Hikmah Ramadhan 11:
“Berpuasa dapat mendidik diri dan jiwa untuk mentaati segala suruhan dan larangan Allah….”

Kesilapan Berpuasa 11:
“Tadarus Al-Qur’an hanya di bulan Ramadhan saja. Bukankah baik jika kita mengamalkannya juga di bulan-bulan yang lain. Ingatlah bahawa Allah tetap menjanjikan ganjaran terhadap ibadah yang dibuat walau bila masanya sekalipun…”

Hadis & Al-Quran 11:
“Dari Abdullah bin Amr ra ia berkata, ketika salah seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah saw. “Ya Rasulullah amalan apakah di dalam Islam yang baik”. Seraya Rasulullah saw menjawab: “Memberi makan (orang yang lapar) dan memberi salam kepada orang yang kalian kenal maupun tidak kalian kenal” - Hadis Riwayat Bukhari

Diet Ramadhan 11:
“Tamar kering mempunyai khasiat tertentu. Sunat berbuka dengannya seperti sabda Rasulullah SAW : Orang yang ada kurma, berbukalah puasa kamu dengannya, jikalau tiada memadailah dengan air”…”

Mutiara Kata 11:
“Muliakanlah rakanmu dengan kemuliaan yang mampu engkau lakukannya secara berterusan. Jika tidak maka kemuliaanmu itu akan membawa kepada perkara yang memutuskan persahabatan.” - Imam Abdullah bin Alwi al-Haddad al-Husaini





Dear Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

Wednesday, August 10, 2011

[ OH TIDAK!! Percayalah, Anda Juga Pernah Menggunakan Ubat/Kosmetik Ini ]

With Allah's love
Assalamu'alykum my dear

*Ni posted dari e-mail terus.*

Baru baca, e-mail ni forwarded by my cousin. Ya Allah! Haa.. amek ko. Baru tau weh. Alhamdulillah memang jenis x reti bab-bab kosmetik segala. Tapi... vicks tu yang x tahan tu. Peh. Dari kecik guna, ntah dah berapa banyak larut bahan kimia tiruan *kalo terbeli yang tiruan nya la.* Allah....patot la zaman sekarang orang pakat berpenyakit segala, mati awal pulak...... nauzubillah...

Sumber: e-mail ngan website asal entry ni [
http://ondscene.my/pengguna/percayalah-anda-juga-pernah-menggunakan-ubatkosmetik-ini]


Subject: FW: Percayalah, Anda Juga Pernah Menggunakan Ubat/Kosmetik Ini.
 
 

Percayalah, Anda Juga Pernah Menggunakan Ubat/Kosmetik Ini…

By ondscene on July 27th, 2011


Taman Perindustrian Sg Chua
dan Taman Kajang Impian,
Kajang, Selangor
26 Jul 2011
12 tghri
Nota banyak lagi foto dan maklumat menyusul
Serbuan ini membabitkan 4 kategori ubat/kosmetik:
1 – Ubat tidak berdaftar
2- Kosmetik tidak dinotifikasi
3- Produk kosmetik mengandungi racun berjadual
4- Ubat yang dilabel tradisional (ubat papan) disyaki mengandungi racun berjadual

Rampasan ini bernilai kira-kira RM10 juta.

Tiada yang benar, melainkan yang palsu, tiruan dan penipuan belaka.

Bukan mudah untuk melakukan serbuan ini.

9 buah premis stor termasuk sebuah pejabat dan sebuah banglo diserbu serentak sebentar tadi.

Kawasannya di sekitar Taman Perindustrian Sg Chua dan Kajang Impian.

2 dari stor ini, tiada siapa yang mahu mengaku milik mereka.

Tindakannya, ialah dengan memotong kunci.

Hasilnya – begitu memeranjatkan apabila dibuka…

2 bulan kerja-kerja risikan dan intipan dilakukan.

Pelbagai cara dan teknik digunakan, sehinggalah akhirnya keputusan dibuat, semuanya telah mempunyai bukti yang cukup untuk melakukan serbuan.
50 anggota Penguatkuasa Farmasi Kementerian Kesihatan terlibat – dari Ibupejabat, cawangan Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka membantu diketuai Pengarah Penguakuasanya, Mohd Hatta Ahmad.
Hasilnya amat memeranjatkan malah di luar jangkaan sama-sekali.
Rupanya, di sinilah segala mak bapak moyang taulan segala ubat yang anda beli di kedai-kedai runcit, di pedalaman atau bila balik kampung.
Juga di tanah rancangan Felda, Felcra, malah terdapat di mana sahaja.
Tidak dapat digambarkan, betapa selama ini , anda membeli ubat yang sebenarnya palsu, tiruan, tipu dan membahayakan kesihatan anda.
Semua alamat yang tertera juga palsu.
Ada yang hanya tertulis sebagai Kota Kinabalu, tanpa alamat lengkap. Jadi, mana nak cari pengeluar sebenar (jika benar ada…)
Bayangkan, pakcik, makcik atuk, nenek di kampung yang tak tahu apa, terpedaya dengan ubat-ubat yang kononnya boleh menjadikan mereka kuat, gagah dan bernafsu.
Pelbagai taktik digunakan bagi menarik mereka untuk membelinya.

Lukisan-lukisan berlambangkan orang tua, masjid, dan perkataan-perkataan yang melambangkan kekuatan, bertulisan jawi, malah ada tertulis berbagai ayat yang 'menggoda'.

Isinya ?

Adalah kapsul-kapsul pelbagai warna yang tidak diketahui apakah bahannya, dimasukkan ke dalam paket-paket kecil ini dan dijual sebagai 'ubat papan'.

Bagi wanita, produk-produk untuk melicin, memutih, melembut dan menjadikan wajah cantik, dibungkus sebegitu rupa.

Bermacam-macam krim/losyen dan bedak pelbagai jenama dan bentuk ditemui.
Apabila dibuka, ada antara losyen/krim/bedak ini yang telah berkulat dan berubah warna.
Malah baunya juga begitu berbeza dengan yang asal.

Jika anda masih tidak mahu mengakui, pernah menggunakan jenama seperti di atas, bagaimana pula dengan jenama ini?

Ye, kelihatan sama, tapi sebenarnya tidak serupa.

Pembungkusannya begitu berbeza dengan warna kotak yang agak gelap.

Malah bau/kesannya juga tidak seperti yang asli/asal.

Anda masih kurang yakin bahawa ini adalah barangan tiruan, palsu dan sebenarnya diimport dari negara luar?

Mari kita naik ke tingkat atas salah satu premis yang diserbu.

Jutaan kotak-kotak kosong ada di dalamnya, malah hampir apa sahaja kotak produk terutama krim/bedak ada di sini, menunggu untuk pembungkusan.
Dan siasatan juga mendapati bahawa syarikat ini menggunakan maklumat palsu dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM.
Kononnya mereka menjalankan perniagaan pemborong dan juga perniagaan am, menjual sabun dan air galian.
Tapi, inilah hakikat sebenarnya – tiada yang benar, melainkan semuanya palsu, tiruan dan bohong belaka.

Dan antara lokasi diserbu termasuk sebuah banglo terletak di Kajang Impian.

Ribuan produk yang telah dibungkus juga dirampas dari banglo ini.

Begitu juga di sebuah premis yang dijadikan pejabat.

Malah ubat -ubat ini juga dijual secara terbuka di kedai milik rangkaian mereka.
 
 

Gile lah
Dear Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

[ Ada FB? Baca Ni..!! ]

With Allah's love
Assalamu'alykum my dear


So, ada tak fb? Kalau ada, sila baca ni and buat keputusan sendiri. :)

Quote dari fb kawan ukm:

PERHATIAN...!!!

Facebook telah berubah sekali lagi tanpa pemberitahuan.Sila lihat pada URL anda (top box pada skrin anda). Jika anda lihat "http" atau hanya "www" dan bukannya "https", anda TIDAK mempunyai sesi yang selamat & boleh digodam.

Pergi ke ---> Tetapan Akaun (Account Settings) ---> Keselamatan (Security) ---> (Secure Browsing) ---> klik Edit.

Right kat kotak, klik Simpan (Save Changes).

Anda lihat sekali lagi URL anda akan terpapar https(follow mnde ni klu xnk fb korg kena hack)

Klik untuk baca maklumat keselamatan sikit ~


Berhati-hatilah di jalan raya, anda mampu mengubahnya :P

Apekah...terbaek tol..haha




Dear Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

[ Doa 10 Ramadhan ]


With Allah's love
Assalamu'alykum my dear


Dah berdoa untuk hari ni? Jom :)


“Ya Allah, tanamkan dalam diriku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan kemaksiatan dan kemungkaran-MU serta jauhkan aku dari menjadi fasik. Ya Allah bimbinglah aku ke jalan yang benar…Ameen…”

 Hikmah Ramadhan 10:

“Berpuasa dapat melatih diri supaya bersifat sabar, tabah dalam menghadapi penderitaan, kesusahan dan segala cubaan dari Allah terhadap kita….”

Kesilapan Berpuasa 10:

“Tidak mengeluarkan zakat fitrah. Ini merupakan kewajipan kita sebagai umat Islam dan sebagai pembangun ekonomi umat Islam keseluruhannya. Ramai yang mengambil remeh perkara ini walaupun nilai yang perlu dibayar tidak banyak - sekitar RM4.50 - RM5.50 sekepala, mengikut tahun dan negeri…”

Hadis & Al-Quran 10:

“Nabi s.a.w. bersabda; “Jagalah dirimu dari api neraka meski pun dengan sedekah separuh dari sebiji kurma, maka jika tidak dapat maka sepatah kata yang baik.” - Hadis Bukhari

Diet Ramadhan 10:
“Air memelihara kelembapan dalam badan dan membantu penghadaman zat-zat makanan dalam badan. Sabda Rasulullah SAW : Minuman yang terbaik di dunia dan di akhirat adalah air…”

Mutiara Kata 10:

“Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa. Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas dan lelaki diuji dengan wanita. Dan kita diuji Allah dengan nikmatnya. Bersyukurlah…”




Dear Cleo
~ Creating ideas for lives ~

Tuesday, August 9, 2011

[ Doa 9 Ramadhan ]





With Allah's love
Assalamu'alykum my dear


Hari ni tengah surf fb, terjumpa himpunan doa dari group fb. Doa-doa harian untuk Ramadhan. Just sharing untuk manfaat bersama. Marilah kita berdoa, moga Dia mendengar setiap doa kita di bulan mulia dan penuh barakah ni ye. Amiin ~




Hikmah Ramadhan 9:
"Berpuasa dapat melahirkan perasaan kasih sayang dan tolong menolong terhadap sesama insan terutama kepada fakir miskin, anak yatim, orang yang melarat dan sebagainya...."

Kesilapan Berpuasa 9:
"Semakin cepat marah. Kita sepatutnya mengawal kemarahan di bulan yang menuntut kita supaya banyak bersabar. Kalau kita lihat pada hari ini umat Islam semata-mata berpuasa hanya pada zahirnya sahaja..bukan dari segi rohani yang menuntut kita supaya banyak bersabar & bersyukur dengan rahmat-NYA..."

Hadis & Al-Quran 9:
"Diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda: Apabila seseorang meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya kecuali dari tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak solih yang mendoakan nya." - Hadis Riwayat Muslim

Diet Ramadhan 9:
"Buah delima yang manis lebih baik daripada rasa yang masam. Air buah delima menyembuhkan batuk dan semua jenis buah delima dapat meredakan debaran jantung (hati)..."

Mutiara Kata 9:
"Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadipenjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga,binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat." - Pepatah Arab


By the way, ni antara links untuk doa-doa yang lepas. Insya-Allah sy cuba update doa hari-hari lepas ni. Selamat beramal. *wink wink*










Dear Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

Monday, August 8, 2011

[ Waaahhh...!! Say: I'm in L.O.V.E...!!! ]

With Allah's love
Assalamu'alykum my dear


Ya Allah!! Tersangatnya excited!! Aaaaa....!!!
http://www.emocutez.com

Hatiku telah ditambat! Benarkah??

Jeng jeng jeng...

Tengok la ni, pasangan hidup terbaik abad ini. Say I'm in love..!!!


Kalaulah dapat peluang bersama-sama...


Waaahh... rasa cam leh pitam seminggu!!
http://www.emocutez.com

my love, tadaaaa!!!

1st choice!  http://www.emocutez.com

2nd choice!

3rd choice!

4th choice!

5th choice!


Dah habes ke...? Tentulah tidak!! Ada lagi 5 design. Sila la tengok.. wahaha..













Cantik kan? Aduh... Mau meletup jantung. Rasa macam kena panah je. Uuuu ~


Kalau dapat high heels ni, rasa cam nak pegi bejalan satu dunia dengan hepi nya.
Lalalala ~

Harga..?
$78
=
RM 235.33
Bagi hijau sikit, cool sikit masa baca, tak terkejot. haha

Pergh... seumur hidup tak pernah spend sampai seratus hinggit sekali beli semata-mata kasut sepasang. Tapi rasanya ni agak murah berbanding kasut berjenama yang lain. Kan? Kan?

Tapi.... musykil kejap. Jenama Nike ni termasuk ngan jenama boikot ke tak eh?

Bila surf, jumpa kat sini, Nike memang dalam list boikot. hukhuk.

Tapi dalam ni tak de pulak.

Tengok kat sini pun tak de.

Hmm.. Tapi apa-apa pun, sangat lah impossible tuk memilikinya.. Sedor diri bukan anak dato', bukan mak we jutawan muda. *Perlu ke? hahax* Ye lah, my dear, this is not keperluan kan? Pakai kasut RM15 pun boleh pegi merata dunia dengan hepi nya, tak yah risau kasut hilang kena curik. hikhik.

JUST say I'm in LOVE, doesn't mean I HAVE to have it in my life, right? Adios ~




Dear Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~